Wednesday, 14 October 2015

Pencemaran bunyi dan Kesannya kepada kesihatan manusiaaa....

Assalamualaikum, Haiiii semua. Bertemu kembali dalam membincangkan topik-topik yang hangat tentang pencemaran yang acap kali berlaku di kawasan kita. Saya pohon kepada saudara dan saudari untuk terus membaca blog saya ini dengan hati yang aman dan tenteram dan dapat memberikan kritikan serta komen yang bernas agar saya dapat membernaskan lagi idea saya selepas ini.

Topik utama kita pada kali ini ialah Pencemaran bunyi dan kesannya kepada kesihatan manusia...

Sebelum ini saya sudah pernah sentuh mengenai apa itu pencemaran bukan ? Mungkin tidak ramai yang tahu mengenai pencemaran bunyi ini, yang mereka asyik fikirkan ialah pencemaran itu adalah mengenai udara, asap-asap, sampah sarap dan sebagaiya. Bukan begitu, bunyi juga merupakan pencemaran kepada kita.

Pencemaran bunyi atau bunyi persekitaran ini meruapakan hasil daripada mesin, haiwan atau manusia yang menggangu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau habitat- haiwan. Kebanyakan sumber pencemaran ini berlaku di luar rumah seperti sistem pengangkutan termasuklah bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, motosikal, kereta api dan sebagainya. Perancangan bandar yang tidak tersusun telah menimbulkan pencemaran bunyi kerana bangunan kilang dan kawasan perumahan yang bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan perumahan.


1.1 Terdapat beberapa punca pencemaran bunyi


Bagaimana pula kesan pencemaran bunyi kepada kesihatan manusia ? Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan kesihatan secara fisiologi dan juga secara psikologi. Pencemaran bunyi ini mampu menyebabkan seseorang itu rimas dan mempunyai gangguan seperti sikap yang agresif, hipertensi, tahap tekana dan saudara saudari perlu tahu bahawa hipertensi adalah punca utam kepada masalah kesihatan dimana telinga berdengung atau "tinitus" yang boleh menyebabkan seseorang mengalami daya ingatan, tekana teruk dan serang panik yang tidak dapat di duga.

Pendedahan yang kronik kepada bunyi yang bising mungkin dapat menyebabkan kehilangan pendengaran. Statistik telah menunjukkan bahawa lelaki yang berusia didedahkan kepada bunyi bising akan mengalami kekurangan pendengaran yang sensitif berbanding rakan sejawat yang tidak terdedah. Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap sederhana tinggi dalam tempoh lapan jam boleh menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah manusia.

Oleh itu, kita perlulah berhati-hati terhadap bunyi disekeliling kita yang akan menyebabkan masalah kesihatan. Sayangilah diri anda. Ianya bukan suatu perkara yang mudah. Sekian sahaja blog saya pada kali ini, bertemu kita pada episod seterusnya. Terima Kasih pembaca! 




No comments:

Post a Comment