Tuesday, 13 October 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog saya.

Saya Nur Hanina Ulfah Binti Jamaludin
No. Matrik : 234828
Email : nurhaninaulfah@gmail.com
No.Tel : 019-5427325

Jutaan terima kasih diucapkan kepada saudara dan saudari semua kerana sudi meluangkan masa untuk membaca dan menyingkap kisah yang ingin saya kongsikan. Oleh itu, sudilah kiranya saudara dan saudari berkongsi pendapat serta kritikan agar blog yang ingin saya kongsikan ini menjadi lebih menarik dan reelvan dengan apa yang ingin saya sampaikan.

Tujuan utama blog ini ditulis adalah untuk berkongsi maklumat serta perkara-perkara yang berkaitan dengan pencemaran. Secara konseptualnya, pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem serta mengganggu ameniti dan kepenggunaan alam sekitar.

Menurut Akta Kulaiti Alam Sekitar 1974 yang lebih bermaklumat ialah pencemaran merupakan sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi  atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekelililng dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kenajika orang awam serta organisma-organisma lain seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Terdapat pelbagai pencemaran yang boleh diklasifikasikan iaitu pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi, pencemaran radioaktif dan pelbagai lagi.




Oleh itu, sudilah kiranya saudara dan saudari memberi kritikan serta komen yang bernas tentang perbincangan kita ini agar dapat kita sama-sama membendung dan melindungi habitat serta diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan pencemaran. 

Salam ikhlas dari saya, terima kasih sudi membaca blog saya yang serba sedikit mempunyai kekurangan.



No comments:

Post a Comment