Wednesday, 14 October 2015

Jerebu dan kesannya....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bertemu lagi dalam wadah perbincangan kita tentang Jerebu dan kesannya. Mohon sebarang kritikan dan komen yang berguna daripada saudara dan saudari semua untuk terus membina blog yang saya hasilkan ini supaya lebih mantap dan berkarya.

JEREBU ??? Apakah itu jerebu ? Apakah kesannya kepada manusia ?
Ayuhhh, marilah sama-sama kita mengetahui apakah sebenarnya yang dikatakan jerebu ini serta kesannya kepada kesihatan manusia.

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak pertikel-pertikel atau zarah-zarah kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan ianya terapung-apung di udara. Partikel-pertikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yan banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh hal yang demikian, keadaan ini akan menyebabkan atau mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Terdapat beberapa punca utama yang menyebabkan jerebu ini berlaku. Antaranya ialah:

  • Pembakaran secara terbuka
  • Asap-asap yang dilepaskan dari kilang
  • Asap dari kenderaan


Jika keadaan ini berlaku secara berterusan. ianya akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu: 
1. Kanak-kanak
2. Orang tua
3. Mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, jantung, alahan dan sebagainya
4. Mereka yang sentiasa bekerja diluar pejabat atau rumah

Justeru, terdapat pelbagai kesan daripada jerebu ini terhadap kesihatan manusia. Antara gejala dan tanda kesan jerebu ini kepada kesihatan manusia ialah terasa gatal-gatal dibahagian kerongkong dan batuk-batuk, terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal,terasa sakit dada dan pelbagai lagi simptom yang boleh berlaku.



Oleh itu, saya pohon agar masyarakat sentiasa berhati-hati jika keadaan sebegini berlaku dikawasan kita. Utamakan kesihatan anda. Sekian sahaja blog saya mengenai tajuk ini, mohon sebarang kritikan dan komen yang berguna kepada saya untuk terus menulis. Terima kasih juga sudi meluangkan masa saudara dan saudari untuk membaca blog saya ini. :)



No comments:

Post a Comment